Yang mencintai tidaklah seperti yang membenci, yang meredhai bukanlah sama dengan yang memurkai ..
Memetik bait syair imam Asy-Syafie Rahimahullah :
وعين الرضا عن كل عيب كليلة
ولكن عين السخط تبدي المساويا
Dikala kita mencintai seseorang, kesilapan dan kesalahannya pada mata kita tampak indah ..bagaikan sebuah kebaikan ..
Berbeza pula kalau kita membenci seseorang .. Setiap kesilapannya walau sekecil zarah akan dilihat sebesar qubah!
Cinta, Hubb, love, sa-rang semua frasa ini membawa erti yang sama ..Fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai . Episod hidupku juga tidak terlepas daripada babak-babak seperti ini ..Namun aku bersyukur kerna Dia menghadirkan insan-insan yang memahami dan menguatkan aku untuk hadapi babak-babak seperti ini..
Ini adalah tahun ke-3 aku menuntut di sebuah universiti di Jordan dan berbaki lagi 2 sem untuk aku tamatkan pembelajaran aku di sini . Entah bagaimana aku boleh jatuh hati pada seorang lelaki yang soleh, A . Dia menurut pandangan aku dan cerita yang aku dengar mengenainya seorang anak yang soleh, murid yang juhud, sahabat yang baik dan hamba Allah yang taat pada perintah tuhan dan tidak pernah aku mendengar sum'ah yang tidak baik tentangnya . Semua yang aku dengar baik-baik belaka !
A berasal dari utara, dan aku sewaktu tahun 1 semasa mula-mula datang ke Jordan, aku tak suka orang utara ni. Sebab dieorang ni kalau bercakap mesti tak nak guna bahasa standard dan aku rasa paling worst bila ada majlis-majlis rasmi selamba ja guna loghat utara ! sedangkan kalau orang pantai timur macam aku ni, keluar sikit ja loghat ganu, habis kecoh ..dok pahang dok pahang ..! ulang lein ~ haha
2 tahun di Jordan, aku hanyalah kenal A ni melalui namanya sahaja, he's quite famous sebab suka bermuamalah dengan prof. dalam kelas plus dia join persatuan. Start akhir tahun ketika di tahun 1, aku dengar banyak cerita bahawa A ni jenis yang kalau bercakap dan berhujah pasti nak menang ..Aku paling tak suka orang yang macam ni . Sebab aku tak suka orang ego !
Tapi entahlah kenapa, setiap kali dia men'zahirkan' sikap nak menang dia tu, aku tiada di tempat kejadian . Banyak kali terjadi dan yang paling aku ingat adalah sewaktu AGM PERMATA 2015, A datang atas stand ahli Permata dan pengerusi sebuah Badan kecil yang dia tubuhkan sewaktu di tahun 2 pengajian. Aku tak pergi AGM masa tu sebab dekat nak exam, usai habis program, housemates balik dan cerita tentang sikap A yang berkeras menegakkan hujahnya dalam keadaan beremosi ! Maka bertambahlah rasa benciku terhadapnya .
Besederhanalah dalam mencintai, boleh jadi kau akan membencinya pada suatu ketika, dan besederhanalah dalam membenci, boleh jadi kau akan mengasihinya pada suatu ketika !
Perlahan-lahan aku jatuh hati padanya, walaupun sikap egonya tidak aku sukai, tapi kebaikannya dan soleh nya dia menutup segala kekurangannya .
:)
Dia sama sekali tidak sempurna, namun aku yang membutakan mataku daripada melihat kecelaannya !
Aku sedar, suka pada seseorang sewaktu usia sudah menginjak remaja bukan seperti suka di zaman sekolah dulu ! Suka dan cinta pada usia 20 ke atas ini, harus difikirkan dengan lebih serius, iaitu perkahwinan ..Namun aku dilemma, haruskah aku berdiam diri atau bagaimana ? Bolehkah aku merisik dia ? Tidak akan jadi seperti perigi mencari timba kah ? Sehingga aku rasa takut andai perasaan ini sebenarnya cuma sementara dan aku yang tak tahu membezakan antara cinta, suka dan minat ? atau aku cuma minat dia ? Argh pelbagai perkara menyusup masuk dalam minda ini ..Allahh T.T
Berwasilahkan seorang sahabat, aku meminta pertolongannya untuk merisik A . Respond A sedikit mengecewakan aku. Dia punya cita-cita dan impian yang tinggi dalam hidupnya, lebih-lebih lagi untuk membahagiakan ibunya . Sebagai seorang murid yang juhud, dia ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu . Aku hormat pada keputusannya, dan sebenarnya kematangannya dalam membuat keputusan telah mencuri tempat dalam hatiku ini . Hormat aku pada keputusannya buatkan aku pasrah, aku tahu soal hati dan perasaan ni kalau dah singgah dalam hidup, hanya orang yang betul-betul bermujahadah akan terlepas daripada jerat perangkap syaitan !
Seminggu kemudian, sahabat yang menjadi orang tengah ini memberitahuku bahawa A nak tahu siapakah gerangan yang merisiknya . Aku terkejut, kaget . Sebenarnya setelah mendengar respondnya yang pertama, aku sudah tawar hati sedikit . huhu . Aku minta sahabat aku agar tidak memberi apa-apa respond mahupun clue, khuatir sesuatu yang tidak diingini terjadi .
Sepanjang minggu tersebut, aku berfikir sambil beristikharah . Aku seakan sedar daripada lamunan. Dulu sebelum datang ke Jordan, semangat untuk belajar berkobar-kobar ! Sewaktu mula-mula sampai aku juga berazam untuk tepis semua anasir-anasir seperti soal hati dan sebagainya untuk focus pada pelajaran sahaja . Tapi sekarang ?
Kamilah, tugas awak sebagai pelajar adalah belajar. Itu yang utama. Antara cinta dan cita-cita dahulukan cita-cita. Kerana cita-cita itu lebih dekat dengan misi hidup kita – sebagai hamba Allah dan Khalifah. Sebaiknya, cintailah cita-cita kita. Siapa yang mengejar cita-cita, cinta akan mengejarnya. Siapa yang mengejar cinta, kadangkala cita-cita terbengkalai di tengah jalan. Itu yang ideal.
Janganlah hanya fikir soal hati… fikir juga soal waqi’ dan realiti. Lawan-lawan… Insya-Allah, Allah akan beri pembelaan !
#be_strong
#keep_qawiey