فالحديث رواه الترمذي وابن ماجه عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خيركم خيركم لأهله، وأنا خيركم لأهلي
Rasulullah bersabda : “ Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya dan aku paling baik terhadap keluargaku “ (HR.Ibnu Asakir)
Hadis di atas dalil menunjukkan betapa besar "mahasinul al-islam" iaitu kesempurnaan dan keindahan yang dibawa oleh islam itu sendiri.
Buktinya, Islam menjadikan ihsan kepada isteri dan keluarga salah satu daripada perbuatan yang afdhal dan diiktibarkan sebagai "qurubat" atau mendekatkan diri kepada al-Khaliq. Golongan ini diiktiraf oleh junjungan besar nabi Muhammad sebagai sebaik-baik manusia (khairatu an-nas).
Berkata Sohib Kitab Tuhfah al-Ahzawi dalam syarahnya bagi hadis ini : hadis Rasulullah s.a.w "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya" keluarga di sini membawa maksud ahli keluarga dan insan yang mempunyai pertalian darah, dan dikatakan juga membawa erti isteri dan saudara-mara.
Tiga minggu yang lepas, aku dan beberapa orang sahabat menyertai "Ziarah Mahabbah" anjuran Biro Sahsiah Kepimpinan PERMATA ke rumah salah seorang pensyarah di universiti kami iaitu Prof. Hammad Fakhri Azzam. Beliau mesra dengan panggilan Duktur Hammad Azzam.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Duktur Hammad, isterinya dan 2 orang anak perempuannya. Kemudian kami para akhawat duduk di ruang tamu manakala syabab duduk dalam bilik study duktur Hammad.
Aku dan sahabiah yang lain berkenalan dan memulakan bicara dengan Puan Suheer, isteri duktur dan 2 anak perempuannya. Kami berbual tentang banyak perkara antaranya tentang latar belakang serta pendidikan duktur dan persekolahan anak-anak mereka. Duktur Hammad berkahwin dengan madam Suheer semasa beliau menuntut di Uni. of Jordan, dan paling mengejutkan aku, ketika itu duktur Hammad berumur 22 tahun dan isterinya 17 tahun ! Kahwin pada usia yang aku kira muda atau pertengahan remaja sangatlah jarang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab, Arab Jordan khususnya.
"Duktur Hammad merupakan seorang yang bertanggungjawab sebab tu mak ayah aku percayakan dia. Aku waktu tu baru sahaja lepas mengambil Taujihi(SPM), dan dapat je tawaran untuk sambung pelajaran dalam bidang nursing, tapi duktur Hammad cakap jangan risau, urusan cari rezeki biar beliau yang uruskan, aku hanya perlu duduk di rumah dan jaga anak-anak" tutur Puan Suheer.
Zaman dah berubah, dulu mungkin wanita tempatnya di rumah menjaga makan pakai suami dan anak-anak. Namun zaman sekarang waqi' nya berbeza. Wanita perlu turut sama membantu suami mencari rezeki bagi memastikan kestabilan ekonomi keluarga. Inilah yang terlintas dalam benak fikiranku sewaktu mendengar bicara Pn. Suheer.
"Kalian tahu tak, aku rasa seperti seorang 'raja' dalam rumah ni. Semua urusan berkait dengan rumah dibawah kelolaanku. Hak-hak aku sebagai seorang isteri dipenuhi oleh beliau sesempurna boleh. Alhamdulillah aku bersyukur kepada Dia yang mengurniakan aku pasangan yang baik dan sentiasa memudahkan urusanku." tutur beliau lagi.
Sementara kami berbual dengan Puan Suheer, kedengaran suara duktur Hammad berbual dan memberi taujihat pada syabab yang hadir. Suara dan gaya percakapan beliau persis ketika mengajar dalam kelas, sentiasa bersemangat walaupun letih seharian di Universiti. MashaaAllah 'alaih !
Sepanjang berbual, pelbagai jenis makanan dihidangkan pada kami, belum sempat menghabiskan makanan yang ada, dihidangkan lagi dengan yang lain. Sememangnya Arab terkenal dengan sikap ihtiram duyuf atau mudah kata menghomati serta meraikan tetamu.
Kelihatan anak bongsu lelaki mereka, Amjad, keluar masuk bilik study tersebut membantu bapanya menghidangkan makanan buat para syabab. Anak sekecil 6 tahun betah membantu tanpa disuruh, sifat ini pasti terbit daripada hasil didikan yang baik oleh ibu bapanya.
Kemudian Amjad datang dan berbisik pada Puan Suheer. Ohh dia minta izin nak bermain di luar rupanya. "Main dalam bangunan ni je ye Amjad, jangan keluar .. Luar terlalu sejuk sekarang..bahaya" kata Puan Suheer pada anak kecilnya.
"Eh saya terlupa sesuatu lah, tak hidang lagi air untuk tetamu" ujar duktur Hammad sambil tangannya membuka peti sejuk. Serentak itu, Puan Suheer dan Iman, anak perempuannya bangkit daripada sofa dan menuju ke arah duktur. Serius aku terkejut sebab mereka berdua bangun seperti menerima arahan daripada seorang ketua askar! Walhal mereka bukan dipanggil oleh duktur.
Seorang isteri dan anak yang begitu taat pada ketua keluarga yang telah memenuhi hak-hak mereka.
Bukan setakat taat dan hormat yang dipersembahkan buat beliau, malah lebih daripada itu. Sepanjang hidup aku, jarang sekali aku lihat seorang suami menggunakan uslub yang baik dalam bertaamul dan berinteraksi dengan isteri khususnya dan keluarga secara umumnya. Duktur boleh sahaja nak arahkan isteri dan anaknya untuk hidangkan minuman buat kami, akan tetapi beliau menggunakan uslub yang lebih cantik.
Sebelum waktu maghrib, kami semua mendengar tazkirah dan taujihat duktur Hammad. Walaupun keletihan, beliau masih lagi bersemangat, seakan dalam kelas pembelajaran, beliau bercakap dalam keadaan berdiri. Sempat lagi beliau menasihati kami sekiranya suatu hari nanti kami jadi guru atau lecturer, kami mesti mengajar dalam keadaan berdiri supaya para pelajar akan beri perhatian dan ini menunjukkan kecaknaan kita sebagai pengajar.
Sementara menunggu sahabiah akhawat mengambil wudu' , aku mengambil peluang berbual dengan Puan Suheer. " Ummu Ahmad, kau selalu tak ke suuq(pasar) ?" soalku pada beliau.
"Aku paling tak suka ke pasar sebab yang selalu ke pasar dan beli barang keperluan adalah Abu Ahmad(duktur hammad). Kalau aku pergi pun, selalunya dengan dia. Walaupun pergi sekali, dia jugalah yang turun membeli barang. Dia tu kalau boleh nak buat semua perkara, nak mudahkan kerja aku sengai seorang suri rumah" ujar beliau padaku.
"Kamilah, ada sekali tu aku dan anak-anak ke kedai pakaian untuk beli baju baru. Lepas setiap orang habis pilih baju, aku hulurkan baju-baju tersebut pada dia untuk dibayar.. kemudian dia suruh pusing sekali lagi kedai pakaian tersebut, mana tahu ada lagi pakaian lain yang ingin kami beli" tambah beliau.
Aku speechless betul masa tu! Lelaki yang boleh teman isterinya shopping (pakaian terutamanya) memang seorang yang penyabarlah. Yelah, perempuan ni kalau beli baju memanglah lama. Paling kurang setengah jam, kalau kena yang cerewet, ber'jam-jam' lah jawabnya :D
Duktur Hammad bukan setakat penyabar, malah lebih daripada tu..Maka tak hairanlah kalau isteri dan anak-anak beliau begitu hormat dan sayang pada beliau.
من لا يرحم لا يُرحم
Sesiapa yang tak menyayangi, tidak akan disayangi
"Untunglah kalau dapat suami macam duktur Hammad ni, satu dalam sejuta" detik hatiku.
"Kamilah, kalau nak cari suami, cari dan pilih yang beragama dan taat pada Allah(takwa) sebab kalau baik agamanya, maka yang lain pun akan ikut baik inshaaAllah" nasihat beliau.
"Aku doakan suatu hari nanti kau dapat suami yang baik dan soleh sepertinya, agar dapat memandumu ke syurgaNya" tambah beliau lagi.
"Aamin ya Rabb"
Orang Arab ni biasanya akan mendoakan kita lebih daripada apa yang mereka dapat. Sebagai contoh, kalau kita cakap mereka cantik, mereka akan balas awak lebih cantik atau sekiranya kita cakap kita gembira berkenalan dengan dia, dia kan balas 'malah saya lebih lagi'. Duktur Hammad terlalu baik dan seakan sempurna pada mata suri hidupnya, sehinggakan Puan Suheer mendoakan agar aku dikurniakan suami yang baik seperti duktur.
Sememangnya benar, orang yang bertakwa dan taat pada perintah Allah, akan sentiasa menjaga hak-hak insan sekelilingnya samada isteri, anak-anak, ahli keluarga lain, jiran-jiran, sahabat-sahabat malah semua insan sekelilingnya.
Duktur Hammad seorang yang sangat amanah dengan tanggungjawab yang beliau pikul, buktinya kalau kelas satu jam, beliau akan menggunakan semaksimum mungkin. Selain itu, beliau akan mensyarahkan sesuatu pelajaran dengan jelas sekali, sekiranya kami tak faham, beliau akan syarah sampai kami faham. Pernah beberapa kali aku ke biliknya untuk tanya beberapa perkara yang aku musykil, tidak pernah sekalipun beliau menolak kehadiranku sekalipun beliau sibuk.
Sikapnya yang peramah dan caring membuatkan student mudah rapat dengan beliau terutamanya kami pelajar Melayu. Seorang yang memahami dan menitik beratkan soal akademik dan kebajikan para pelajarnya walaupun perkara sebegini luar daripada tanggungjawabnya.
Semoga Allah sentiasa merahmatimu duhai pendidik ummah! Qudwahmu bukan setakat di dalam kelas-kelas di universiti bersama kami, malah terserlah qudwah hasanahmu pada ahli keluargamu. Sungguh aku kagum dengan teratak yang kau bina dengan asas iman dan takwa, melahirkan generasi-generasi yang berakhlak mulia!
Semoga Allah mengurniakan aku sifat mahmudah persismu duhai pendidikku, dan anugerahkan buatku teman hidup yang bertakwa membimbingku ke darr al-qarar!
#Kamil_Kamilah
#Bayt Tiramisu
#SeptemberDuaPuluhEmpat
#EidAdhaMubaarak