Launchorasince 2014
← Stories

Dilemma


Hampir 20 minit masa yang dihabiskan termenung semasa exam Talaq tempoh hari.Toleh kekiri dan kekanan, sahabat sekeliling masih lagi tekun memuntahkan jawapan atas kertas.Namun aku ..Soalan yang sepatutnya dijawab 2 muka surat, tapi aku hanya mampu menulis ½ hingga 1 muka surat sahaja.Kemudian sempat lagi termenung menyesal sebab study last minute.Tak tahu dah nak tulis apa lagi atas paper tu.Bukan soalan susah , tapi salah diri sendiri sebab tak study awal-awal . Setiap kali final exam 'sketsa' yang sama berulang.Malam examlah kalut nak baca buku, kalut nak siapkan nota dan segalanya berubah kalut.Sampaikan pen yang dipegang jatuh, kertas yang disusun terbang, semua serba tak kena.

hurm

0 


Paling dahsyat, semasa study saat-saat akhir masih lagi sempat muhasabah diri dan menyesali setiap detik yang dibazirkan .Sampai bila kita nak macam ni ? Sampai bila kita nak berperangai sebegini? Bila kita nak sedar? Masyarakat memerlukan seseorang bukan seorang ! Persoalan yang masih beum mampu untuk dijawab T_T

Fenomena burung hantu dan bermata panda menjadi tabiat setiap kali tiba musim exam.Pelajaran yang sepatutnya dipulun tapi dibalun.Pelajaran yang merupakan keutamaan tapi dijadikan sampingan.

Parah !

Aku dahagakan siraman kesedaran dan bentakan perubahan.Kadang-kadang rasa bersalah sangat sebab dah ‘khianat’ dengan ilmu, khianat dengan amanah umi dan ayah.Yelah ..Kalau dah selalu sangat belajar last minute, macam belajar untuk exam sahaja.Bukan macam tapi memang betul pun ! Kesannya, selepas berjaya memuntahkan seguni jawapan diatas kertas peperiksaan, hanya tinggal beberapa serpihan ilmu dalam kepala.Kemana yang lain pergi ?

Ke laut T_T

Tak guna merintih menyesal mengaduh sakit tanpa merawat.Kalau tak dirawat parah bakal jadi barah ! Sebenarnya kalau kita mahu keluar dari segala masalah ini, cuba mencari penyelesaian, kepada idea pembaikan masyarakat dsb, menyebabkan kita tak akan bermudah untuk berehat, mengajak kita untuk berajin-rajin, malah sehingga bertunduk-tunduk.Memetik kata-kata seorang senior,di mana-mana, kita akan terus-menerus, menanggung perit kebodohan kita, andai tidak kita ketemu di setiap pelajaran itu, bodoh-bodoh yang kita ada, untuk disingkir, dan disingkir.

Semalam baru berbincang dengan dua orang sahabat.Mungkin setiap kali tamat sem pembelajaran, perlu dibuat sesi muhasabah dan koreksi diri agar pisang tak berbuah dua kali.Agar tak jatuh dalam lubang yang sama kali kedua.Bukankah seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali?

Setiap kali selepas program pun dilaksanakan sesi muhasabah a.k.a post-mortem.Maka lebih aula lah sekiranya dilaksanakan kepada pelajaran yang merupakan keutamaan kita disini.Sekiranya tak mampu buat berseorangan, buatlah bersama sahabat lain.

*****

2 hari lepas,selepas exam Fiqh Aiman pensyarah subjek Talaq memberitahu markah subjek yang buat aku termenung hampir 1/3 daripada masa exam.Alhamdulillah, luar jangkaan ! “Terima kasih kerana jadi student yang baik, lain kali kau ambil subjek lain pula dengan aku.Kau ‘syaikhatul kuliyyah’ sebab dah kalahkan arab”

“Duktur, aku nak ambil subjek zawaj dengan kau boleh?Fasal awal depan” ujarku.”kalau macam tu, in shaa Allah aku akan turun fasal awal depan.Kalau kau mahu, kau boleh ambil Fiqh uqubat 2 dengan aku” balas beliau.Rasa tak layak, natijah lebih banyak daripada usaha.Rasa malu dengan diri sendiri.Setiap kali call umi,bibir ini sentiasa ungkapkan maaf sebab tak belajar bersungguh-sungguh, banyak main-main sahaja.

Tinggal 6 hari lagi untuk last paper iaitu Maqasid Shariah dan secara tak langsung tamat lah sem ini.Harapanku, semoga sem yang akan datang lebih baik dan luka yang sama tidak berdarah kembali.

Ya Allah berikanlah daku masa yang berkat dan sifat ‘amanah’ pada ilmuMu ini.Mudahkanlah setiap langkahku dalam menuntut ilmu di sini.